Tuesday, October 28, 2008

Kehidupan Dalam Kolam Gelombang

Hakikat Kolam Gelombang
Aku menegaskan hakikat ini kepada diriku bahawa aku hidup dalam kolam gelombang. Setiap hari gelombang-gelombang ini akan melanggar, menerpa, menerjah, dan menembusi diriku tanpa aku sedari. Ada gelombang aku dapat kesan secara default misalnya gelombang bunyi, gelombang cahaya dan gelombang perasaan. Dengan berkat limpah kurnia dari Ilahi, aku dikurniakan sensor gelombang semula jadi iaitu telinga, mata, dan hati nurani (perasaan). Ada juga gelombang yang aku tidak dapat kesan secara natural misalnya gelombang radio dan gelombang infra merah. Gelombang-gelombang yang tidak dapat dikesan oleh tubuhku itu, harus dikesan dengan menggunakan alatan ciptaan khusus. Misalnya gelombang elektromagnet yang datang dari angkasa lepas, dapat dikesan dengan menggunakan antena dan alat penerima radio.

Perbandingan antara gelombang yang dapat dikesan oleh manusia.
Gelombang Perasaan
Kebanyakan orang hanya menekankan tentang gelombang bunyi dan gelombang cahaya sahaja. Sebenarnya aku ingin menegaskan kepada diriku (dan kepada sesiapa yang ingin mengambil iktibar) bahawa, setiap hari kita juga disapa oleh gelombang perasaan. Gelombang ini lebih bersifat rohaniah. Bersifat kebatinan dan jauh menusuk ke dalam. Alat yang dapat mengesan gelombang ini ialah hati rohaniah manusia (bukannya hati fizikal iaitu liver itu). (Rujuk surah Al-Mulk, ayat 23). Apakah yang mencetus atau yang dapat menyalakan gelombang perasaan itu? Aku berpendapat, perkara yang mencetuskan gelombang perasaan ialah amal perbuatan kita (action) dan perihal (appearance) objek atau peristiwa di sekeliling kita.


Sebagai contoh mudah, cuba ambil misalan semasa kita mula admire seseorang. Tak kiralah semasa cinta monyet atau semasa cinta sejati. Senario yang berlaku mungkin seperti ini. Pada mulanya kita mungkin memerhatikan individu yang kita admire itu. Mungkin di sekolah, di majlis kenduri kahwin, di hari pendaftaran masuk universiti, dan mungkin di dalam pejabat anda. Apa yang berlaku semasa kita rasa panahan cinta itu? Nak jadi cerita individu di depan anda itu mempunyai rupa paras yang mengasyikkan dan sesuai dengan citarasa anda. Tentu jantung anda berdebar-debar bukan? Jantung bergetar sahaja. Semasa itulah gelombang perasaan dari individu yang anda admire (objek) itu sedang menerpa kepada diri anda. Hati nurani anda pula menjadi sensor gelombang perasaan itu. Minda anda kemudiannya mentafsirkan gelombang itu sebagai rasa suka, rasa cinta, dan rasa bahagia kononnya (hati-hati kerana, mungkin selepas itu kecewa, hahaha). Perasaan seronok itu mengaruh tubuh mengeluarkan bahan-bahan kimia yang membuatkan tubuh rasa bertenaga, energetic-lah kata orang putih. Maka berdebar-debarlah diri anda. Fikiran asyik teringat-ingat. Gila bayang jadinya. Rasa asyik nak jumpa sahaja. Apa yang berlaku jika individu itu menerima anda sebagai temannya. Tentulah anda rasa teruja, activated, energetic, dan penuh motivasi. Ini semua adalah hasil daripada terjemahan positif oleh minda kita. Jika perkara sebaliknya berlaku? Maka sudah tentu kita akan rasa kecewa, deactivated, demotivated, dan mugkin juga malu sendiri lalu membawa diri. Jadi itulah salah satu contoh natijah-natijah gelombang perasaan yang wujud setiap masa yang boleh memberi kesan kepada tingkah laku, tindak tanduk dan hala tuju fikiran kita.

No comments: