Tuesday, October 28, 2008

Hakikat Pengkodan dan Pengengkodan

Kod dan dekod. Ya itulah apa yang berlaku setiap masa dalam alam kita ini.Aku baru tersedar. Dah lama aku baca tentang topik ini, terutamanya dalam subjek networking, subjek komunikasi dan terbaru dalam bacaan mengenai hobi radio amaturku. Aku menegaskan kepada mindaku sendiri (dan juga kepada yang ingin mengambil iktibar) bahawa kita semua terlibat dengan proses kod & dekod ini terutamanya dalam komunikasi harian. Yang paling mudah nak difahami ialah nenek moyang kita telah kodkan semua benda, peristiwa, dan segala aspek hidup kita ini dengan pelbagai istilah atau perkataan. Misalnya mereka telah kod kan makanan ruji kita sebagai beras. Minuman sebagai air, dan seterusnya begitulah. Setiap bangsa mengkodkan benda dengan cara mereka sendiri. Oleh sebab itulah terjadinya pelbagai bahasa di dunia ini.

Itu tadi bab bahasa. Ini pula aku nak tegaskan tentang kod & dekod dalam alam gelombang. Wah konteksnya semakin menjurus. Semuanya semakin hampir dengan ciptaan ALLAH yang MAHA AGUNG. Yang terlintas di fikiran aku sekarang ialah bagaimana Allah telah kod kan cahaya nampak dengan gelombang berfrekuensi tertentu. Mata kita jadi pengesan cahaya. Cahaya itu kemudiannya di-nyahkodkan (diterjemahkan) oleh minda untuk membolehkan kita nampak alam yang berwarna-warni.

Kemudiannya tentang gelombang bunyi. Allah kodkan bunyi-bunyi dengan pitch atau frekuensi tertentu. Maka kod ini dapat dikelaskan oleh ahli muzik/bunyi sebagai do, re, me, fa, so, la, ti, dan do. Itu semua kod untuk audio berasaskan frekuensi. Telinga kitalah yang berfungsi sebagai alat pengesan dan kod ini akan di-nyahkodkan sebagai bunyi oleh minda kita. Dengan memanipulasikan frekuensi bunyi itu, seseorang yang kreatif dan peka terhadap bunyi dapat menggubah irama yang sedap didengar.

No comments: